Pengajian Kitab "Bidayat As-Sul Fi Tafdil Ar-Rasul"
Bersempena Sambutan Maulid Nabi SAW 1432h, Masjid Negeri akan menganjurkan bacaan kitab secara khatam. Kitab yang akan dibaca ialah "Bidayat As-Sul Fi Tafdil Ar-Rasul". Kitab ini membicarakan mengenai kelebihan Nabi Muhammad SAW ke atas nabi-nabi dan Rasul yang lain dan juga kelebihan umat Muhammad SAW ke atas umat-umat nabi yang lain. Pengajian kitab ini akan dibimbing oleh al-Fadhil Tuan Guru Hj Rosli bin Othman Al-Balfasi Al-Filfilani, AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang. Butiran lengkap program seperti di bawah:-
Tarikh : 12 dan 13 Februari 2011
Jam : 08.30 pagi hingga 5.00 petang.
Tempat : Dewan Solat Utama masjid Negeri Pulau Pinang.
Kitab dan makan/minum peserta sepanjang program akan disediakan secara PERCUMA.
Bagi yang berminat, borang boleh didapati di pejabat pentadbiran Masjid Negeri Pulau Pinang atau klik DI SINI untuk mendapatkan borang.
Tel:04-8282212(maklumat lanjut)
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.