Dimaklumkan bahawa Masjid Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan pengajian Kitab Matan Ummul Barahin dan Kitab Faridatul Faraid. Kitab ini membincangkan tentang ilmu Akidah. Kedua-dua kitab ini adalah kitab pembuka bagi ilmu Akidah. Pun begitu, perbahasan di dalamnya masih banyak yang belum kita ketahui. Kedua-kedua kitab ini akan dibaca sehingga khatam dalam 7 pertemuan. Maklumat terperinci seperti berikut:
Hari : Khamis malam Jumaat setiap minggu mulai 07 April 2011 - 19 Mei 2011
Jam : 6.15 petang hingga 10.30 malam.
Pembimbing Kitab Faridatul faraid: Tuan Guru Hj Rosli bin Othman Al-Balfasi Al-Filfilani
Pembimbing Kitab Matan Ummul Barahin : Tuan Guru Hj Mohd Fuad bin Abdul Hamid
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 seorang bagi penyediaan kitab dan makan minum.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Hanif Azmir di talian o17-4452035 atau 04-8282212.
Penyertaan adalah terhad kepada 60 penyertaan sahaja. Muslimin dan muslimat adalah dijemput.