BLOG MASJID NEGERI PULAU PINANG

Bertujuan untuk memberi maklumat berkaitan aktiviti pengimarahan yang sedang dan akan dilaksanakan di Masjid Negeri Pulau Pinang. Juga bagi memberi maklumat -maklumat berkaitan aktiviti yang telah dilaksanakan. Tuan-puan dijemput untuk memberi maklumbalas bagi sama-sama kita memakmurkan dan merancakkan lagi aktiviti pengimarahan di Masjid Negeri Pulau Pinang.

PROGRAM HAFAZAN AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN AL-QURAN 1432H/2011M

TAWARAN MENYERTAI PROGRAM HAFAZAN AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN AL-QURAN 1432H/2011M


Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan program di atas sepanjang sambutan bulan Al-Quran bermula 01 Rejab 1432H hingga 17 Ramadhan 1432H. Perincian program adalah seperti berikut:-

Tujuan : Melatih peserta agar dapat menghafal 3 juzu’ daripada Al-Quran.

Kaedah pengajian : Peserta akan hadir kelas tasmi’ yang akan diadakan sebanyak 3
kali seminggu di Masjid Negeri/Masjid Daerah.

Isnin   : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Rabu  : 5.00 petang hingga 10.00 malam
Sabtu : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Kaedah Hafazan : Peserta akan didedahkan dengan pelbagai kaedah hafazan pada
hari pertama pendaftaran.

Tarikh kelas : 02 Rejab 1432 bersamaan 04 Jun 2011 dan berakhir pada
15 Ramadhan 1432 bersamaan 15 Ogos 2011.

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat, hendaklah mengisi borang penyertaan di Masjid Negeri Pulau Pinang atau hubungi 04-8282212(Ustaz Hanif) untuk pendaftaran.