BLOG MASJID NEGERI PULAU PINANG

Bertujuan untuk memberi maklumat berkaitan aktiviti pengimarahan yang sedang dan akan dilaksanakan di Masjid Negeri Pulau Pinang. Juga bagi memberi maklumat -maklumat berkaitan aktiviti yang telah dilaksanakan. Tuan-puan dijemput untuk memberi maklumbalas bagi sama-sama kita memakmurkan dan merancakkan lagi aktiviti pengimarahan di Masjid Negeri Pulau Pinang.

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA HARIJADI TYT NEGERI PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan bahawa besempena dengan Harijadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, maka Masjid Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil seperti butiran berikut:-

Hari         :    07 Julai 2011 (Khamis) 
Jam         :    7.00 malam
Tempat   :    Dewan Solat Utama Masjid Negeri Pulau Pinang

Muslimin dan Muslimat adalah dijemput hadir beramai-ramai.