BLOG MASJID NEGERI PULAU PINANG

Bertujuan untuk memberi maklumat berkaitan aktiviti pengimarahan yang sedang dan akan dilaksanakan di Masjid Negeri Pulau Pinang. Juga bagi memberi maklumat -maklumat berkaitan aktiviti yang telah dilaksanakan. Tuan-puan dijemput untuk memberi maklumbalas bagi sama-sama kita memakmurkan dan merancakkan lagi aktiviti pengimarahan di Masjid Negeri Pulau Pinang.

AKTIVITI

AKTIVITI 2011




ANTARA AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN PADA
TAHUN 2009 DAN TAHUN 2010

KEM RANTAIAN KASIH



Kem Rantaian Kasih adalah program motivasi yang dianjurkan bersama oleh Masjid Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara Pulau Pinang. Kem ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 09 April hingga 11 April 2010 bertempat di Masjid Negeri Pulau Pinang. Program ini  melibatkan para pelajar SMK Sg Ara yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 hingga tingkatan 5 seramai 163 orang. Antara pengisian yang telah dilaksanakan ialah ceramah motivasi, latihan dalam kumpulan(LDK) dan lain-lain aktiviti bagi mendidik para pelajar supaya dapat menghayati nilai-nilai murni Agama Islam.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH ISLAM 


Kursus Pengurusan Jenazah Islam telah berjaya dilaksanakan pada 24 MAC 2010(Rabu) bertempat di Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau Pinang. Kursus berlangsung selama sehari mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Penceramah yang diundang ialah Tuan Haji Abdul Hamid bin Sulaiman, Imam Qaryah Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sg Petani, Kedah. Kursus ini telah dihadiri seramai 98 orang peserta yang terdiri daripada anak jemaah Masjid Negeri, kakitangan Jabatan Penjara Malaysia, Ahli Qaryah Masjid Jalan Baru, Balik Pulau dan anak jemaah Surau Bukit Jambul. Peserta kursus telah didedahkan dengan pengajaran secara teori serta amali mulai saat awal kematian hingga disembahyangkan. Para peserta yang ditemui nyata berpuas hati dengan penyampaian dan isi kandungan kursus.
Kursus ini adalah anjuran bersama Masjid Negeri Pulau Pinang dan Penjara Reman Pulau Pinang.

PENGAJIAN KITAB SYAMAIL SEMPENA SAMBUTAN MAULID 1431H


Program pembacaan Kitab Syamail dianjurkan bersempena Sambutan Maulidur Rasul SAW bagi tahun 1431H/2010M. Program ini berlansung selama 2 hari iaitu pada 27 dan 28 Februari 2010. Pembacaan kitab ini dibimbing oleh Y.Bhg Tuan Guru Hj Rosli bin Othman Al-Balfasi Al-Filfilani , AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang. Program yang julung kalinya diadakan di masjid ini telah berjaya menarik penyertaan orangramai seramai 1230 orang melebihi sasaran awal iaitu 800 orang. Kitab, sijil dan makan minum disediakan secara percuma kepada semua peserta. Bajet program ini disalurkan melalui MMK(Agama) . Antara yang menyertai program ini ialah Y.B Tuan Abdul Malik bin Kasim, Exco Agama Pulau Pinang, Dato' Muhammad Yusuff bin Wazir, Timb. SUK Negeri Pulau Pinang dan Hj Sazali bin Hussein, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

KELAS TAFAQQUH FIDDIN
  
Dilaksanakan sepanjang tahun 2009 dan disambung lagi pada tahun 2010. Kelas diadakan pada setiap Sabtu Jam 9.00 pagi hingga 11.00pagi. Subjek yang diajar ialah Feqah oleh Y.Bhg Dato' Syeikh Hamid bin Tahir, Tauhid oleh Y.Bhg Dato' Syeikh Fadil bin Awang, Tafsir oleh Y.Bhg Tuan Haji Rosli bin Othman dan Hadis oleh Y.Bhg Ustaz Mat Isa bin Abdul Rahman.
KURSUS IBADAT HAJI BERSIRI

Program kursus bersiri Ibadat Haji dan Umrah telah diadakan pada setiap Ahad 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bermula April hingg Ogos sebanyak 17 siri. Tenaga pengajar yang menjayakan program ini ialah Tuan Hj Rosli bin Othman dan Tuan Haji Munawar bin Mohd Yusof. Seramai lebih kurang 300 peserta telah mengikuti program ini.

KELAS PENGAJIAN AL-QURAN DEWASA
Diadakan pada setiap hari mulai malam Isnin hingga Khamis jam 8.00malam hingga 10.00 malam. Dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada Ma'ahad Tahfiz KITAB dan juga Imam Masjid Negeri Pulau Pinang. Peserta yang mengikuti kelas ini berjumlah 111 orang dan dijangka meningkat kepada 200 orang pada tahun 2010 . Sebanyak 8 buah kelas diwujudkan berpandukan kepada tahap penguasaan pelajar iaitu seawal daripada mengenal huruf hijaiyah kepada tahap lanjutan ilmu tajwid.

KEM BINA SAHSIAH KELAB REMAJA MNPP

Program Bina Sahsiah Kelab Remaja Masjid Negeri Pulau Pinang di adakan pada 08 November 2009 hingga 10 November 2009 melibatkan penyertaan 70 orang ahli Kelab Remaja MNPP. Diadakan di Kem Markas Staff Stesen Batu Feringgi. Program ini telah disempurnakan penutupannya oleh Y.Bhg Dato' Yusuff bin Wazir, Timb. Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Modul yang digunakan dalam program ini digubal sendiri oleh Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau JHEAIPP.

PROGRAM IBADAH QURBAN 1430H

Program Ibadah Qurban diadakan pada 28 November 2009. Sebanyak 10 ekor lembu telah dikorbankan pada hari tersebut. Daging-daging telah selesai diedarkan pada jam 2.00 petang.

KURSUS IMAM KEPADA PEGAWAI KANAN KERAJAAN


Kursus Imam Kepada Pegawai Kanan Kerajaan diadakan pada 25 Mei 2009. Peserta terdiri daripada Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Program diadakan selama sehari dengan sesi pagi diisi dengan program berbentuk ceramah dan pembentangan kertas manakala sesi petang dilaksanakan sesi amali. Kursus dirasmikan oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.



PROGRAM KHEMAH IBADAH
SMK (P) SRI MUTIARA PULAU PINANG 


 

Ucapan Perasmian Oleh Y.Bhg Al-Fadhil Haji Yusuff Bin Haji Ahmad
Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang. 


Masjid Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama SMK(P) Sri Mutiara telah menganjurkan program khemah ibadah siri ke-2 pada 25 dan 26 Jun 2010.Program ini melibatkan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun ini. Antara pengisian program adalah sesi LDK,Bacaan Yaasin bersama pelajar dan Ibu Bapa bagi menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun ini serta ceramah muhasabah diri. Program ini melibatkan kakitangan Masjid Negeri diketuai Ustaz Mohamad Fairus bersama fasilitator yang terdiri daripada kakitangan JHEAIPP. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dan kepada para pelajar SMK(P) Sri Mutiara Pulau Pinang,selamat menduduki peperiksaan,selamat maju jaya didunia dan di akhirat.


KEM BINA SAHSIAH SMA AR-RAZI SPS 

Y.Bhg Ustaz Abdul Rashid sedang menyampaikan ceramah slot Ibadah dan Akhlak


Barisan fasilitator,bergambar kenangan bersama guru-guru dan para pelajar.

Pada 2 hingga 4 Julai 2010,Masjid Negeri dengan kerjasama SMA Ar-Razi telah mengadakan Kem Bina Sahsiah selam 3 hari 2 malam di Masjid Negeri.Antara program yang dilaksanakan adalah sesi ceramah,LDK, soalan-soalan minda dan aktiviti-aktiviti lain. Antara yang terlibat dalam program ini adalah pelajar tingkatan 1,barisan guru-guru dan kakitangan MNPP. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.