BLOG MASJID NEGERI PULAU PINANG

Bertujuan untuk memberi maklumat berkaitan aktiviti pengimarahan yang sedang dan akan dilaksanakan di Masjid Negeri Pulau Pinang. Juga bagi memberi maklumat -maklumat berkaitan aktiviti yang telah dilaksanakan. Tuan-puan dijemput untuk memberi maklumbalas bagi sama-sama kita memakmurkan dan merancakkan lagi aktiviti pengimarahan di Masjid Negeri Pulau Pinang.

KAFA MNPP(SRIMAS)

PENGENALAN
KAFA Masjid Negeri Pulau Pinang di letakkan di bawah Unit Pendidikan Masjid Negeri Pulau Pinang. Dikenali juga sebagai Sekolah Rendah Islam Masjid Negeri (SRIMAS). Ditadbir oleh Jawatankuasa Pengurusan Sekolah yang dipengerusikan oleh Imam Besar Masjid Negeri. Ustaz Talhah bin Mohd Rafdi selaku Guru Besar dipertanggungjawabkan menguruskan sekolah bersama enam(6) orang guru. Pengajian dilaksanakan 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Terdapat sebanyak 6 buah kelas mulai kelas darjah 1 hingga darjah 6.

CARTA ORGANISASI

Imam Besar MNPP
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan

Ustaz Talhah bin Mohd Rafdi
Guru Besar KAFA

Guru-Guru

AKTIVITI TERKINI SRIMAS
 Pada 3 MAC 2010(Sabtu) SRIMAS  telah menganjurkan sukaneka. Sukan SRIMAS adalah acara tahunan yang dianjurkan saban tahun. Pada tahun ini pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya bola sepak, bola jaring, sukan padang dan lain-lain lagi. Menariknya pada tahun ini, ibu bapa jugak dapat sama-sama mengambil bahagian dalam acara sukaneka yang dianjurkan. Di bawah dilampirkan gambar-gambar aktiviti pada hari tersebut:-
Ustaz Talhah sedang menyampaikan ucapan pembukaan sukan SRIMAS

Pelajar sedang berbaris mengikut kumpulan masing-masing

Peserta dalam acara lari berganti
 Acara kupas kelapa melibatkan bapa kepada waris